KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD
Dalam
sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di
dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi
salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya
sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi
S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai
Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya
di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka aku
hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah
putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya
baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu
umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga
mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbangun
dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis
wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu
Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?"
Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W
berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan
lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana
anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama
berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai
anak!" Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka,
manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak
ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam
liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya
kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya
kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal
perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih
hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja
yang lebih tahu."
Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai
Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang
memandikan masuk ke rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah cincin
di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin
dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban
dari kepalanya untuk dimandikan. Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia
melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk
mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata
roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah,
lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku
berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka
akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah,
janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah
pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya
roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai
orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab
tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."
Apabila telah selesai
dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya
sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku,
janganlah engkau kuat- kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku
dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah
penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan
dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi
Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda,
maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim,
janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan
dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku
tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."
Apabila mayat
diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai
jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara
ahliku, anak- anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah
hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."
Wahh,asyik ntuh artikel?
ReplyDeletewajib dibaca.....
KUNBAL,saya tunggu